Thursday, 27 October 2011

Hakikat Doa.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini kerana dan hanya kerana limpah dan kurnia dari Allah, Rabbul-Alamin. Pada hari ini saya ingin membincangkan perihal tentang Doa.

Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi rahimahullah menjelaskan bahawa doa merupakan pohonan seorang hamba dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah swt di dalam Al-Quran

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-Baqarah:186)
Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina”. (Al-Mu’min:60)

Himpunan Sejuta Umat a Definition.

Syukur kepada Allah, saya masih berpeluang lagi menghirup udara yang dicipta oleh Allah ini. Masih berpeluang menyaksikan keindahan Alam ciptaan Allah ini. Masih lagi berpeluang bernukil di blog yang tak seberapa ini. Semoga Allah meredhai apa yang saya lakukan ini. Kerana keredhaanNyalah yang patut kita kejar.

HIMPUN. Pelbagai reaksi disuarakan tentang perhimpunan ini. Rumusan yang dapat dibuat dari perhimpunan ini ialah, Rakyat Malaysia yang beragama islam tidak lagi mengendahkan isu2 akidah. Apa telah terjadi? Alhamdulillah, saya termasuk dalam golongan hampir 10 ribu yang menghadiri perhimpunan ini.

Kejujuran dan keikhlasan pihak penganjur dapat dilihat dalam perhimpunan tersebut. Selepas perhimpunan, ada yang memuji, ada juga yang menyindir. Yelah, tak ramai sangat yang pegi. Tapi semangat yang ditunjukkan oleh hadirin yang hadir dan pihak penganjur amatlah luar biasa. Semoga Allah menyelamatkan umat islam di bumi Malaysia ini. Kita hanya merancang dan berusaha, Allah yang menentukan segala-galanya.

Andai dibandingkan HIMPUN ini dengan BERSIH, amat jauh bezanya. BERSIH, fuh~ ramai yang pegi. berbondong2 datang. Apa perjuangannya? Pure Democracy! ye! Pure Democracy. Itu perjuangan nya. Siapa ketuanya? Ambiga! chief executive IFC, Ambiga! Ye! IFC ni lah dalang dalam memurtadkan umat Islam di Malaysia. Ya! IFC~ Inter Faith Council. Dana perhimpunan BERSIH yang sangat besar pun datang dari IFC ini sendiri. Tanyalah diri sendiri, mana BERSIH council dapat duit nak bayar sukarelawan2 yang panggil kawan2 ramai2 datang tu.

Yang lebih membimbangkan, sikap Pakatan Rakyat dalam memboikot terus perhimpunan ini. PAS juga tidak mempunyai suara untuk menentang keputusan Pakatan Rakyat a.k.a Karpal Singh. Takutkan Karpal atau Takutkan Allah? Namun saya terharu dengan sikap Dr Hassan Ali. Walaupun ditegah oleh kepimpinan pusat PAS, namun Dr Hassan Ali tetap berdegil untuk turun berjuang bersama2 dalam menyuarakan ketidakpuas hati dalam isu murtad ini. dan munajatnya pada penutup acara HIMPUN itu sangat2 mengesankan di dalam hati saya. Ada juga yang teresak2 menangis mendengar munajat dari Dr. Hassan Ali. Saya kepilkan di bawah ini video munajat.



Andai kita sanggup terpekik terlolong menjerit BERSIH! BERSIH! BERSIH! Kenapa kita tak sanggup melaungkan SELAMATKAN AKIDAH! SELAMATKAN AKIDAH! Memalukan! Apa guna kita terpekik terlolong memperjuangkan sistem demokrasi ciptaan Manusia ini? kan lebih baik kita terpekik terlolong memperjuangkan hukum dan sistem ciptaan Allah. Inilah permulaannya, inilah permulaanNya!

UMAT ISLAM HARUS BERSATU! apa cara sekalipun! umat islam harus bersatu. Bersatulah.

lebih baik kita perjuangkan islam dari perjuangkan sistem demokrasi. Pure Democracy. Kerana sistem kenegaraan yang terdapat dalam Al-Quran dan hadith jauh lebih lengkap dari sistem ciptaan manusia yang ada di dalam Dunia ini, tak kira Demokrasi, Republikan, Komunis, Sekular, Sosialis, dan sebagainya.

Ya Allah! sedarkan hati2 manusia di muka bumi ini ya Allah, kau berilah hidayah kepada mereka.