Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai(Al A'raf:179)
Wednesday, 10 April 2013
Perancangan Mengkristiankan Malaysia Menjadikan Malaysia Negara Kristian
Saturday, 16 February 2013
Isu Kalimah Allah: Bukan Isu Politik
Kalimah Allah adalah kalimah yang suci.. terdiri dari 4 huruf iaitu Alif Lam Lam Ha, kalimah inilah yang perlu kita semaikan dalam diri dan individu kita. Sebagai seorang islam yang takut akan tuhannya, kita seharusnya mempertahankan kalimah ini dari diguna pakai oleh orang bukan Islam.
Tentu ada pihak yang tidak akan bersetuju dengan saya dan mengatakan Allah itu adalah tuhan sekalian alam dan mengatakan kalimah Allah juga digunakan oleh orang2 bukan islam di negara2 lain termasuklah di arab. Dan orang kristian juga menggunakan kalimah Allah di dalam Bible di Sabah dan Sarawak, tetapi persoalannya apakah ia BENAR?
Di Arab, perkataan Allah digunakan oleh orang islam dan bukan islam kerana terdapat pemahaman mereka untuk membezakan Allah dan Tuhan. Ia adalah kata yang mempunyai 2 makna dalam bahasa arab, tapi adakah bahasa melayu, inggeris, cina, india atau apa2 bahasa yang kerap dituturkan di malaysia ini mengambil kata Allah sebagai tuhan, tidak! sesungguhnya tidak, Allah hanya mempunyai 1 makna dalam bahasa malaysia iaitu Allah, dan bukan God, atau Lord. kita harus faham perkara ini..
Dan di Sabah dan Sarawak, adakah ianya betul dan dituntut dalam agama islam untuk membenarkan pengedaran Bible yang berisi pembohongan dan fitnah terhadap Allah menggunakan Allah sebagai ganti kepada God ataupun Lord? TIDAK! ia adalah sesuatu yang salah. Membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan islam adalah sama seperti memberi hak untuk mereka memfitnah Allah!
Berbeza dari Semenanjung, sabah dan sarawak tertakluk di bawah wilayah autonomi di bawah 20 Point Agreement yang menyatakan bahawa perihal budaya dan agama di wilayah autonomi ini tidak tertakluk secara langsung dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong, maka, undang2 yang melibatkan agama tidak terkena di sana..
.. Bersambung
Berdebat? Think Again....
مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوا عَلَيْهِ إِلَّا أُوتُوا الْجَدَلَ ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ: مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ
"Tidaklah suatu kaum tersesat setelah tadinya mereka berada di atas petunjuk kecuali kerana mereka adalah kaum yang senang melakukan perdebatan."
Kemudian baginda membaca ayat ini,
"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud berdebat sahaja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar." (QS. Az-Zukhruf: 58)
(HR. At-Tirmizi no. 3253, Ibnu Majah no. 47, dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 5633)
Dari Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
"Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang paling keras permusuhannya dan yang menentang jika diterangkan hujah kepadanya". (HR. Al-Bukhari no. 2457 dan Muslim no. 2668)
Dari Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ
مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ
"Aku akan menjamin sebuah rumah di tepi syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan perdebatan meskipun dia yang benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi siapa sahaja yang meninggalkan kedustaan walaupun dia sedang bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi siapa sahaja yang berakhlak baik." (HR. Abu Daud no. 4800 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 1464)
Perdebatan dalam agama yang tidak sesuai dengan aturan syarie merupakan salah satu di antara penyakit lisan yang sangat merbahaya. Ia merupakan sebab terjadinya perpecahan, pemutusan hubungan, saling menjauhi di antara sesama kaum muslimin. Perdebatan juga menjadi sebab keras dan sesaknya hati kerana akan melahirkan sifat dengki kepada kaum muslimin lainnya, juga menyumbang kepada pembaziran masa akibat berdebat tetapi mengurangkan manfaat yang lahir dari perdebatan tersebut.
Oleh sebab yang demikian maka Allah SWT dan Rasulullah SAW telah menutup semua wasilah menuju kepada perdebatan yang tidak bermanfaat, dengan memberikan janji syurga kepada orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia berada di pihak yang benar, dan sebaliknya Allah SWT sangat murka kepada orang-orang yang cenderung untuk terjun ke dalam kancah perdebatan tanpa mengindahkan aturan-aturan syariat di dalamnya.
Dan telah benar Allah SWT dan Rasulullah SAW, bahawa setiap orang yang terjun ke dalam perdebatan yang tidak berguna pasti akan berakhir pada kesesatan, kecuali mereka yang masih dirahmati oleh Allah SWT, dan sangat sedikit sekali jumlah mereka ini. Tidakkah kita mengambil pelajaran dari orang-orang yang terdahulu sebelum kita, yang mereka ini lebih berilmu dibandingkan kita, bagaimana akhirnya mereka terjerumus ke dalam kesesatan akibat mereka berdebat dalam masalah agama, walaupun ada segelintir di antara mereka yang masih dapat kembali kepada kebenaran. Sebut sahaja di antaranya: Jahm bin Shafwan penyebar mazhab Jahmiah, Washil bin Atha’ pencetus mazhab Mu’tazilah, Imam Al-Ghazali, Fakhrur Razi, Asy-Syahrastani, dan selainnya.
Justeru para ulamak di setiap zaman menegaskan dalam kitab-kitab akidah mereka, bahawa di antara ciri khas ahlussunnah adalah menjauhi semua bentuk perdebatan. Ertinya, siapa sahaja yang terjun dalam perdebatan dalam agama maka dia telah bermain-main di daerah terlarang, yang akan mengeluarkan dia dari ahlussunnah. Hanya sahaja walaupun demikian, para ulamak tetap memberikan persyaratan yang sangat ketat mengenai bilakah perdebatan dibolehkan. Ia adalah kerana ada segelintir ulamak (tidak banyak) yang diketahui mengadakan perdebatan dengan pengikut hawa nafsu (seperti Imam Ahmad, Utsman bin Said Ad-Darimi, dan Ibnu Taimiah), bahkan para Nabi-pun berdebat dengan kaumnya.
Maka dengan ini menunjukkan bahawa hukum asal perdebatan dalam agama adalah haram, kecuali jika memenuhi syarat-syaratnya, iaitu:
1. Ikhlas dengan tujuan meninggikan kalimah Allah SWT, bukan dengan niat mensensasikan isu.
2. Orang yang berdebat harus benar-benar mahir keilmuannya dalam masalah yang dia perdebatkan. Jika dia orang yang jahil atau ilmunya masih setengah-setengah maka diharamkan atasnya.
3. Dia yakin -atau dugaan besar- diaboleh menang. Jika dia tidak yakin boleh menang maka dia wajib meninggalkan perdebatan itu.
4. Ada kemungkinan pihak lawan jika dia kalah maka dia akan kembali kepada kebenaran. Jika pihak lawan diketahui sebagai orang yang keras kepala dan tidak akan bertaubat walaupun kalah maka tidak boleh berdebat dengannya.
5. Jika dia tidak berdebat maka kebenaran akan tertutup dan kebatilan yang akan menyebar.
6. Ada maslahat darinya, baik yang kembalinya kepada pihak lawan dengan dia bertaubat mahupun yang kembalinya kepada masyarakat dengan mereka menjauhi pihak lawan tersebut. Adapun jika tidak ada manfaatnya sama sekali, walaupun mereka kalah tetapi masyarakat tetap tidak goyah dalam mengikuti mereka maka ini perdebatan itu adalah perbuatan sia-sia.
Ahlus Sunnah wal Jama’ah Melarang Perdebatan dan Permusuhan Dalam Agama. Kerana Rasulullah SAW telah melarang dari hal tersebut.
Dalam Ash-Shohihain dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
اِقْرَأُوْا الْقُرْآنَ مَا ائْتَلَفَتْ عَلَيْهِ قُلُوْبُكُمْ فَإِذَا اخْتَلَفْتُمْ فَقُوْمُوْا عَنْه
ُ
"Bacalah Al-Qur`an selama hati-hati kalian masih bersatu, maka jika kalian sudah berselisih maka berdirilah darinya".
Dan dalam Al-Musnad dan Sunan Ibnu Majah –dan asalnya dalam Shohih Muslim- dari Abdullah bin Amr :
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ وَهُمْ يَخْتَصِمُوْنَ فِي الْقَدْرِ فَكَأَنَّمَا يَفْقَأُ فِي وَجْهِهِ حُبُّ الرُّمَّانِ مِنَ الْغَضَبِ، فَقَالَ : بِهَذَا أُمِرْتُمْ ؟! أَوْ لِهَذَا خُلِقْتُمْ ؟ تَضْرِبُوْنَ الْقُرْآنَ بَعْضَهُ بِبَعْضٍ!! بِهَذَا هَلَكَتِ الْأُمَمُ قَبْلَكُمْ
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah keluar sedangkan mereka (sebahagian sahabat) sedang berselisih tentang takdir, maka memerahlah wajah baginda bagaikan merahnya buah rumman kerana marah, maka baginda bersabda:
"Apakah dengan ini kalian diperintah?! Atau untuk inikah kalian diciptakan?! Kalian membenturkan sebagian Al-Qur’an dengan sebagiannya!! Kerana inilah umat-umat sebelum kalian binasa".
Bahkan telah datang hadith (yang menyatakan) bahawa perdebatan adalah termasuk dari siksaan Allah SWT kepada sebuah umat. Dalam Sunan At-Tirmidzy dan Ibnu Majah dari hadith Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda :
مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوْا عَلَيْهِ إِلاَّ أُوْتُوْا الْجَدَلَ، ثُمَّ قَرَأَ : مَا ضَرَبُوْهُ لَكَ إِلاَّ جَدَلاً
"Tidaklah sebuah kaum menjadi sesat setelah mereka dulunya berada di atas hidayah kecuali yang suka berdebat, kemudian beliau membaca (ayat) "Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah sahaja"."
Imam Ahmad Rahimahullah berkata :
"Pokok-pokok sunnah di sisi kami adalah berpegang teguh dengan apa yang para sahabat Rasulullah SAW berada di atasnya dan mencontoh mereka. Meninggalkan semua bid'ah dan semua bid'ah adalah sesat. Meninggalkan permusuhan dan (meninggalkan) duduk bersama orang-orang yang memiliki hawa nafsu. Dan meninggalkan perselisihan, perdebatan dan permusuhan dalam agama."
Perdebatan Yang Tercela:
Iaitu semua perdebatan dengan kebatilan, atau berdebat tentang kebenaran setelah jelasnya, atau perdebatan dalam perkara yang tidak diketahui oleh orang-orang yang berdebat, atau perdebatan dalam mutasyabih (1) dari Al-Quran atau perdebatan tanpa niat yang baik dan yang seumpamanya.
Perdebatan Yang Terpuji:
Adapun jika perdebatan itu untuk menampakkan kebenaran dan menjelaskannya, yang dilakukan oleh seorang alim dengan niat yang baik dan konsisten dengan adab-adab (syarie) maka perdebatan seperti inilah yang dipuji. Allah SWT berfirman:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik". (QS. An-Nahl : 125)
Dan Allah SWT berfirman:
وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
"Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik". (QS. Al-‘Ankabut : 46)
Dan Allah SWT berfirman:
قَالُوا يَانُوحُ قَدْ جَادَلْتَنَا فَأَكْثَرْتَ جِدَالَنَا فَأْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ
"Mereka berkata: "Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar." (QS. Hud : 32)
Contoh-Contoh Perdebatan Syarie:
Allah SWT mengkhabarkan tentang perdebatan Ibrahim AS melawan kaumnya dan (juga) Musa AS melawan Fir’aun. Dan dalam As-Sunnah disebutkan tentang perdebatan antara Adam dan Musa AS. Dan telah dinukil dari salafus shaleh banyak perdebatan yang semuanya termasuk perdebatan yang terpuji yang terpenuhi di dalamnya (syarat-syarat berikut) :
1. Ilmu (tentang masalah yang diperdebatkan).
2. Niat (yang baik).
3. Mutabaah.
4. Adab dalam perdebatan.
berdebat dalam islam, debat mengikut syarak
Thursday, 27 October 2011
Hakikat Doa.
Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi rahimahullah menjelaskan bahawa doa merupakan pohonan seorang hamba dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah swt di dalam Al-Quran
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-Baqarah:186)
Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina”. (Al-Mu’min:60)
Himpunan Sejuta Umat a Definition.
HIMPUN. Pelbagai reaksi disuarakan tentang perhimpunan ini. Rumusan yang dapat dibuat dari perhimpunan ini ialah, Rakyat Malaysia yang beragama islam tidak lagi mengendahkan isu2 akidah. Apa telah terjadi? Alhamdulillah, saya termasuk dalam golongan hampir 10 ribu yang menghadiri perhimpunan ini.
Kejujuran dan keikhlasan pihak penganjur dapat dilihat dalam perhimpunan tersebut. Selepas perhimpunan, ada yang memuji, ada juga yang menyindir. Yelah, tak ramai sangat yang pegi. Tapi semangat yang ditunjukkan oleh hadirin yang hadir dan pihak penganjur amatlah luar biasa. Semoga Allah menyelamatkan umat islam di bumi Malaysia ini. Kita hanya merancang dan berusaha, Allah yang menentukan segala-galanya.
Andai dibandingkan HIMPUN ini dengan BERSIH, amat jauh bezanya. BERSIH, fuh~ ramai yang pegi. berbondong2 datang. Apa perjuangannya? Pure Democracy! ye! Pure Democracy. Itu perjuangan nya. Siapa ketuanya? Ambiga! chief executive IFC, Ambiga! Ye! IFC ni lah dalang dalam memurtadkan umat Islam di Malaysia. Ya! IFC~ Inter Faith Council. Dana perhimpunan BERSIH yang sangat besar pun datang dari IFC ini sendiri. Tanyalah diri sendiri, mana BERSIH council dapat duit nak bayar sukarelawan2 yang panggil kawan2 ramai2 datang tu.
Yang lebih membimbangkan, sikap Pakatan Rakyat dalam memboikot terus perhimpunan ini. PAS juga tidak mempunyai suara untuk menentang keputusan Pakatan Rakyat a.k.a Karpal Singh. Takutkan Karpal atau Takutkan Allah? Namun saya terharu dengan sikap Dr Hassan Ali. Walaupun ditegah oleh kepimpinan pusat PAS, namun Dr Hassan Ali tetap berdegil untuk turun berjuang bersama2 dalam menyuarakan ketidakpuas hati dalam isu murtad ini. dan munajatnya pada penutup acara HIMPUN itu sangat2 mengesankan di dalam hati saya. Ada juga yang teresak2 menangis mendengar munajat dari Dr. Hassan Ali. Saya kepilkan di bawah ini video munajat.
Andai kita sanggup terpekik terlolong menjerit BERSIH! BERSIH! BERSIH! Kenapa kita tak sanggup melaungkan SELAMATKAN AKIDAH! SELAMATKAN AKIDAH! Memalukan! Apa guna kita terpekik terlolong memperjuangkan sistem demokrasi ciptaan Manusia ini? kan lebih baik kita terpekik terlolong memperjuangkan hukum dan sistem ciptaan Allah. Inilah permulaannya, inilah permulaanNya!
UMAT ISLAM HARUS BERSATU! apa cara sekalipun! umat islam harus bersatu. Bersatulah.
lebih baik kita perjuangkan islam dari perjuangkan sistem demokrasi. Pure Democracy. Kerana sistem kenegaraan yang terdapat dalam Al-Quran dan hadith jauh lebih lengkap dari sistem ciptaan manusia yang ada di dalam Dunia ini, tak kira Demokrasi, Republikan, Komunis, Sekular, Sosialis, dan sebagainya.
Ya Allah! sedarkan hati2 manusia di muka bumi ini ya Allah, kau berilah hidayah kepada mereka.
Thursday, 15 September 2011
Jangan Jauhi Al-Quran walau pun Pemerintah Menjauhinya
“ Terima pemberian sekiranya ia adalah hadiah. Tetapi sekiranya ia adalah sogokan bagi melepaskan hutang, jangan kamu menerimanya. Menolak rasuah seperti ini tidak akan menyebabkan kamu miskin atau papa. Ingatlah, roda kehidupan Islam itu sentiasa bergerak. Oleh itu, bergeraklah bersama al-Quran di mana sahaja dunia ini berputar. Ingatlah, al-Quran dan pemerintah sering berpisah, tetapi jangan kamu berpisah dengan al-Quran.
Ingat, akan muncul di kalangan kamu pemimpin-pemimpin yang membuat keputusan yang hanya menguntungkan mereka dan tidak menguntungkan kamu. Sekiranya kamu menderhakai mereka, pasti mereka membunuh kamu, dan sekiranya kamu mentaati mereka, kamu akan mereka sesatkan.”
Mereka bertanya, “ Wahai Rasulullah, apa yang harus kami lakukan ketika itu?” Rasulullah SAW menjawab, “ Lakukan apa yang pernah dilakukan oleh pengikut Nabi Isa, Putera Mariam. Mereka dibelah dengan gergaji dan disalib pada kayu. Kematian mereka adalah lebih baik daripada hidup dalam keadaan menderhakai Allah.”
(Direkodkan oleh at-Tobari)
Khutbah Rasulullah Ketika Menjelang Ramadhan
"Wahai manusia!
Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.
Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia!
Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.
Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.
Wahai manusia!
Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia!
Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.
Wahai manusia!
Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.
Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.
Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.
Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.
Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.
Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]