Thursday, 27 October 2011

Hakikat Doa.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada hari ini kerana dan hanya kerana limpah dan kurnia dari Allah, Rabbul-Alamin. Pada hari ini saya ingin membincangkan perihal tentang Doa.

Definisi doa yang dinyatakan oleh Imam al-Khattabi rahimahullah menjelaskan bahawa doa merupakan pohonan seorang hamba dari Allah s.w.t, sepertimana firman Allah swt di dalam Al-Quran

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-Baqarah:186)
Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam Keadaan hina dina”. (Al-Mu’min:60)

Himpunan Sejuta Umat a Definition.

Syukur kepada Allah, saya masih berpeluang lagi menghirup udara yang dicipta oleh Allah ini. Masih berpeluang menyaksikan keindahan Alam ciptaan Allah ini. Masih lagi berpeluang bernukil di blog yang tak seberapa ini. Semoga Allah meredhai apa yang saya lakukan ini. Kerana keredhaanNyalah yang patut kita kejar.

HIMPUN. Pelbagai reaksi disuarakan tentang perhimpunan ini. Rumusan yang dapat dibuat dari perhimpunan ini ialah, Rakyat Malaysia yang beragama islam tidak lagi mengendahkan isu2 akidah. Apa telah terjadi? Alhamdulillah, saya termasuk dalam golongan hampir 10 ribu yang menghadiri perhimpunan ini.

Kejujuran dan keikhlasan pihak penganjur dapat dilihat dalam perhimpunan tersebut. Selepas perhimpunan, ada yang memuji, ada juga yang menyindir. Yelah, tak ramai sangat yang pegi. Tapi semangat yang ditunjukkan oleh hadirin yang hadir dan pihak penganjur amatlah luar biasa. Semoga Allah menyelamatkan umat islam di bumi Malaysia ini. Kita hanya merancang dan berusaha, Allah yang menentukan segala-galanya.

Andai dibandingkan HIMPUN ini dengan BERSIH, amat jauh bezanya. BERSIH, fuh~ ramai yang pegi. berbondong2 datang. Apa perjuangannya? Pure Democracy! ye! Pure Democracy. Itu perjuangan nya. Siapa ketuanya? Ambiga! chief executive IFC, Ambiga! Ye! IFC ni lah dalang dalam memurtadkan umat Islam di Malaysia. Ya! IFC~ Inter Faith Council. Dana perhimpunan BERSIH yang sangat besar pun datang dari IFC ini sendiri. Tanyalah diri sendiri, mana BERSIH council dapat duit nak bayar sukarelawan2 yang panggil kawan2 ramai2 datang tu.

Yang lebih membimbangkan, sikap Pakatan Rakyat dalam memboikot terus perhimpunan ini. PAS juga tidak mempunyai suara untuk menentang keputusan Pakatan Rakyat a.k.a Karpal Singh. Takutkan Karpal atau Takutkan Allah? Namun saya terharu dengan sikap Dr Hassan Ali. Walaupun ditegah oleh kepimpinan pusat PAS, namun Dr Hassan Ali tetap berdegil untuk turun berjuang bersama2 dalam menyuarakan ketidakpuas hati dalam isu murtad ini. dan munajatnya pada penutup acara HIMPUN itu sangat2 mengesankan di dalam hati saya. Ada juga yang teresak2 menangis mendengar munajat dari Dr. Hassan Ali. Saya kepilkan di bawah ini video munajat.



Andai kita sanggup terpekik terlolong menjerit BERSIH! BERSIH! BERSIH! Kenapa kita tak sanggup melaungkan SELAMATKAN AKIDAH! SELAMATKAN AKIDAH! Memalukan! Apa guna kita terpekik terlolong memperjuangkan sistem demokrasi ciptaan Manusia ini? kan lebih baik kita terpekik terlolong memperjuangkan hukum dan sistem ciptaan Allah. Inilah permulaannya, inilah permulaanNya!

UMAT ISLAM HARUS BERSATU! apa cara sekalipun! umat islam harus bersatu. Bersatulah.

lebih baik kita perjuangkan islam dari perjuangkan sistem demokrasi. Pure Democracy. Kerana sistem kenegaraan yang terdapat dalam Al-Quran dan hadith jauh lebih lengkap dari sistem ciptaan manusia yang ada di dalam Dunia ini, tak kira Demokrasi, Republikan, Komunis, Sekular, Sosialis, dan sebagainya.

Ya Allah! sedarkan hati2 manusia di muka bumi ini ya Allah, kau berilah hidayah kepada mereka.

Thursday, 15 September 2011

Jangan Jauhi Al-Quran walau pun Pemerintah Menjauhinya

MUAZ BIN JABAL memberitahu bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW berkata:

“ Terima pemberian sekiranya ia adalah hadiah. Tetapi sekiranya ia adalah sogokan bagi melepaskan hutang, jangan kamu menerimanya. Menolak rasuah seperti  ini  tidak akan menyebabkan kamu miskin atau papa. Ingatlah, roda kehidupan Islam itu sentiasa bergerak. Oleh itu, bergeraklah bersama al-Quran di mana sahaja dunia ini berputar. Ingatlah, al-Quran dan pemerintah sering berpisah, tetapi jangan kamu berpisah dengan al-Quran.

Ingat, akan muncul di kalangan kamu pemimpin-pemimpin yang membuat keputusan yang hanya menguntungkan mereka dan tidak menguntungkan kamu. Sekiranya kamu menderhakai mereka, pasti mereka membunuh kamu, dan sekiranya kamu mentaati mereka, kamu akan mereka sesatkan.”

Mereka bertanya, “ Wahai Rasulullah, apa yang harus kami lakukan ketika itu?” Rasulullah SAW menjawab, “ Lakukan apa yang pernah dilakukan oleh pengikut Nabi Isa, Putera Mariam. Mereka dibelah dengan gergaji dan disalib pada kayu. Kematian mereka adalah lebih baik daripada hidup dalam keadaan menderhakai  Allah.”

(Direkodkan oleh at-Tobari)

Khutbah Rasulullah Ketika Menjelang Ramadhan

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]

Khutbah Nabi Muhammad Tentang Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal….

Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir…. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamuciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.?”Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan……Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas…. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi,maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:”Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini,sekarang akan kuhidupkan dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu,yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.Kedua- dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat.. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah.Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu,Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.Mereka pun beriman kepadanya.Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayaiorang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal(di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:” Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. ” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu,apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.” Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku.Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu,sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia:”Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab:”Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir,yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

?

Sabda Rasulullah : “Sebarkanlah walau seayat.”

Saturday, 27 August 2011

Koleksi Belajar Tajwid

Berikut adalah koleksi belajar tajwid yang dikumpulkan oleh saya dengan izin-Nya. Bolehlah download di bawah ini:

http://www.mediafire.com/?t1mw897cvzmwsd6


Wednesday, 24 August 2011

Lailatul Qadar

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang diberkati ini. Kita umat Muhammad, umat yang berpuasa Ramadhan. Allahu Rabbi sangat memberkati bulan yang mulia ini dengan menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan ini. Dan di bulan ini jugalah ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam itu dinamakan Lailatul Qadar.

Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan (Riwayat Thabrani). 

Sekiranya ada di antara anda pernah mengalami kejadian-kejadian yang menunjukkan kebesaran Allahu Rabbi pada malam Lailatur Qadar ini, anda tergolong dari orang-orang yang beruntung. Suasana pada malam tersebut sangatlah tenang, sejahtera. Tiada bintang namun anda akan merasakan kiri kanan anda sangat cerah. Sehingga anda dapat melihat pokok-pokok di dalam hutan. Suasananya seperti berada di dalam sebuah lukisan. Sangat cerah bagaikan banyak bintang dan bulan berada sangat dekat.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada malam itulah malaikat-malaikat diberi tugas masing-masing dalam urusan Allah. Malam itu sangat diberkati.Subhanallah!

Friday, 22 July 2011

Strategi Musuh: Campur Tangan

Fasa terakhir dari pelan,adalah campurtangan.Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan terjadi 'pelanggaran hak asasi manusia' maka NWO dan para proksinya akan bersediapsedia untuk campurtangan.Mereka akan 'berunding' di PBB dan meminta restu OIC (oh...I see...) sebagai 'melepaskan syarat' atau 'menyejukkan hati' kemudian 'mass masaccre' terhadap orang awam (baca:umat Islam) akan bermula dengan semua alasan bersikap teknikal seperti 'collateral damage' (kemusnahan sampingan) akan disediakan terlebih dahulu.Amerika akan mengarahkan NATO dan sekutunya mengebom negara sasaran sesuka hati,menguji peluru berpandu keluaran terbaru dan sebagai latihan perang askar-askarnya dengan mangsa hidup dan prasarana 'live'.

Contoh yang paling terdekat ialah Libya.Lihat Amerika boleh mengebom mana-mana negara sesuka hati walaupun negara itu tidak ada kaitan pun dengan Amerika,tidak menyerang Amerika mahupun mengusik Amerika.Namun dalam kes Libya,kita boleh mengagak walaupun negaranya tidak menyerang Amerika malah krisisnya hanyalah masalah rumahtangganya sendiri namun karakter Muammar Gadaffi adalah sama dengan Saddam Hussein (telah meninggal dunia).Mereka anti Amerika dan selalu menyerang imej Amerika secara terbuka.Libya dan Iraq adalah negara-negara secara tradisinya tersenarai dalam senarai negara-negara pengganas oleh Amerika.Jadi sebelum boneka NWO telah mencapai tahap 'malfunction',ia mesti dipadamkan terlebih dahulu,seperti yang terjadi kepada Hosni Mubarak.

Maka seperti biasa,Amerika pun mengarahkan 'air strike'.

Dan seperti biasa,yang terbunuh adalah orang awam.Maka yang korup adalah pemimpin Arab,yang gelojoh adalah rakyatnya.Ibarat menang sorak kampung tergadai.

Strategi Musuh: Beri Penawar (itulah Racun)

Yet you feed us lies from the table cloth

-B.Y.O.B,System of Down


Pertamanya,bagaimanakah 'gelombang rakyat' itu boleh menjangkiti banyak negara-negara Arab?Dengan kata lain ini bermakna negara-negara Arab ini mempunyai simptom yang sama.Ini sesuatu yang luarbiasa.Ini samalah seperti kebangkitan rakyat yang tiba-tiba berlaku di Malaysia sebagai contoh kemudian menjangkiti Indonesia,Brunei dan Singapura.Adakah ini sesuatu yang biasa?Tidak,ia tidak biasa kerana urusan dan tahap masalah politik di setiap negara adalah berlainan.

Sebagai contoh,ketika krisis politik Indonesia 1998-1999 tidak menjangkiti Singapura.Krisis selatan Thailand tidak menjangkiti Malaysia walaupun umat Islam yang sebangsa dan seagama yang ditindas di sana (apatah lagi umat Palestin yang berbangsa Arab).Tetapi krisis di Timur Tengah mula menjangkiti kebanyakan negara-negara Arab dengan begitu pantas.Sehingga ke hari ini kekacauan terus berlaku di Bahrain dan Syria.

Formulanya,kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku dari APA YANG TERJADI SELEPAS KRISIS.Adakah selepas krisis,kepimpinan di negara-negara Arab akan bertukar kepada KEPIMPINAN ISLAM yang mengamalkan pemerintahan politik sesuai dengan AlQuran dan Sunnah?Jika tidak kebangkitan rakyat itu hanyalah berlandaskan plan NWO.Percayalah,negara-negara Arab mesti melangkah mayat Amerika dan NWO dahulu sebelum melaksanakan undang-undang Islam.

Menurut ajaran Ordo Ab Chao,kekacauan akan membuatkan situasi mudah untuk dikawal.Ia seperti bila anda ingin menggerakkan seketul batu pasir dengan memancutkan air ke arahnya.Ia agak sukar untuk menyeret batu pasir itu kecuali setelah anda menghancurkannya.Setelah memecahkannya,maka pasir-pasir tadi akan mengalir mengikut aliran air.Jadi timbulkan kekacauan,dan anda akan dapat mengawal situasi seperti yang anda inginkan.

Dalam kes ini,asas cerita sudah kuat.Negara-negara Arab MEMPUNYAI PARA PEMIMPIN YANG KORUP.Ini adalah hasil didikan Barat selama ini.Jadi gunakan cerita ini untuk mengapi-apikan sentimen di kalangan rakyat.Rakyat akan bangkit menentang.Yang habis masa dan tenaga adalah rakyat Arab.Yang cedera dan terbunuh adalah rakyat Arab.Yang hanya duduk menanti peluang adalah Amerika dan NWO!

Strategi Musuh: Riot (Demonstrasi)

Riot breaks out everyday
From racism to people's gain
Bloody riot to fiery hells
Riots a fact that never falls

 
-Riot City 2,Total Chaos


Di negara-negara Arab yang majoritinya bermazhab Sunni,cara yang paling baik untuk menimbulkan 'riot' ialah berusaha mewujudkan hubungan dengan para pemimpin antikerajaan yang terdiri daripada pemimpin sayap kiri Syiah.Contoh yang paling terkenal ialah di Iraq iaitu Muqtada al-Sadr,pemimpin Syiah yang merupakan antara dalang kejatuhan Saddam Hussein.Selepas kejatuhan Saddam,kita boleh lihat pola politik Iraq bertukar secara drastiknya ke tangan paksi Syiah.Penindasan dan fitnah ke atas umat Islam (baca:Sunni) berterusan namun ini tidak diwar-warkan malah yang paling malang,negara-negara Arab hanya memejamkan sebelah mata.

Yang peliknya,apabila Bahrain mengalami krisis politik,cepat-cepat pula tentera GCC dari negara-negara Arab tiba.Lihat,seperti biasa para pemimpin Arab BERAGAMAKAN MATERIALISTIK DAN KUASA POLITIK.Ini adalah 'TUHAN TERSEMBUNYI' mereka.Mereka boleh membiarkan rakyat Palestin kebuluran dan dibom oleh Zionis.Mereka boleh melihat dengan selamba saban hari pengikut Sunni diculik dan dianiayai oleh tentera Syiah di Iraq.Namun mereka tidak boleh duduk walau sekejap apabila sistem politik dan materialistik mereka diancam.

Jadi para pemimpin Syiah ini akan bertindak sama seperti kerajaan Fatimiyyah (ini kerajaan Syiah Mesir pada masa era Perang Salib) pada masa dahulu yang sanggup bersekongkol dengan tentera Salib untuk menyembelih umat Islam.Juga bersikap seperti pengikut Syiah Hashashin (dikenali di Barat sebagai Assasin) yang menyamar dan membunuh umat Islam.Propaganda dan hasutan dimain-mainkan.'Kuasa rakyat' digunakan sebagai topeng,asalkan dapat menjatuhkan paksi politik Sunni.Amerika dan sekutunya hanya perlu menunggu apa yang terjadi.Boneka baru telah disiapkan lebih awal,apabila boneka lama dicampak ke tong sampah,boneka baru siap untuk dimainkan.

Amerika dan NWO akan mencari isu untuk menghalalkan tindakannya.INI SKRIP YANG KLISE setiap kali Amerika dan NWO mahu menjajah sesuatu negara.Isu-isu yang biasa ialah seperti demokrasi,hak asasi,lanun,keganasan agama,diskriminasi dan isu teroris.Sekali Amerika dan NWO mendapat tempat untuk dicucuk jarumnya maka mereka akan bertindak.Dalam kes kebangkitan rakyat di negara-negara Arab,terdapat dua kemungkinan:

1-NWO mahu menggantikan semua bonekanya yang sudah tua atau tidak berdaya maju dengan boneka baru yang lebih bertenaga dan cekap mempercepatkan pelan mereka.
2-Ada boneka yang terlalu lembik dan mulai cenderung dalam mengamalkan Islam.Ini amat merbahaya bagi cita-cita Dajjal The Antichrist.

Pada awalnya dalam apa yang terjadi di negara-negara Arab bermula dengan Tunisia seterusnya Mesir dan lain-lain,masyarakat antarabangsa KHUSUSNYA umat Islam pasti menilai apa yang berlaku sebagai 'KEBANGKITAN RAKYAT','KUASA RAKYAT','GELOMBANG RAKYAT' atau sebagainya.Namun siapa yang mampu membaca setiap pelan dan pergerakan NWO akan mengetahui muslihat di setiap kejadian.

Bagaimana?

Strategi Musuh: Hasutan

We got our own fight and we're going to unite
We're going to overthrow the Government today
There's a lesson to be learned or the country will burn
So I'm calling you out for a Civil War today


-Civil War,Total Chaos


Jarum dicucuk.Para pemimpin antikerajaan yang dijadikan 'patsies' dihasut dan digalakkan menyebarkan propaganda supaya mempengaruhi rakyat menentang pemimpin-pemimpin mereka.Biasanya para pemimpin Arab yang menjadi boneka cepat menghidu 'pengkhianatan' Amerika (sebagai wakil NWO) ini.Masakan tidak,setelah sekian lama membelakangi Islam demi restu Barat serta menyuburkan hedonisme di kalangan keluarga,tiba-tiba Barat menghasut rakyat menentang mereka.Mereka sedar 'tarikh luput' mereka sudah sampai.Barat dan NWO tidak memerlukan mereka lagi sebagai wakil NWO di negara masing-masing.

Maka teknik Problem-Reaction-Solution digunakan.Rakyat diberitahu dan ditekan-tekankan masalah yang mereka hadapi.Mereka diberitahu betapa teruk dan korupnya pemimpin mereka.Ini menyebabkan rakyat menaikkan dos ketidakpuashatian mereka kepada kerajaan ke tahap maksimum.KETIDAKPUASHATIAN YANG DIADA-ADAKAN.Kemudian rakyat akan berpiket,berdemonstrasi,memekik-mekik ingin menjatuhkan presiden.

Ejen-ejen NWO hanya memerhatikan sahaja apa yang berlaku dari jauh.Para pemimpin Arab akan merasa tertipu,tersepit dan dikhianati.Ketika itulah mereka akan melihat Amerika benar-benar Syaitan Besar seperti yang diwar-warkan.Mereka akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika dan sekutunya.Pada masa itulah akan keluar ayat Al-Quran,isu Palestin dan perpaduan Islam padahal sebelum itu merekalah juara membelakangkan agama,memijak-mijak Hukum Allah dan menyuburkan materialistik dan hedonisme di dalam kaum kerabat.

Strategi Musuh: Boneka

Umum mengetahui,kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab adalah boneka atau setidak-tidaknya pencacai Amerika.Kita boleh lihat ketika serangan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan,semua negara-negara Arab membenarkan zon udara,darat dan air mereka digunakan sepuas hati oleh Amerika dan sekutunya.

Ini samalah dengan sikap negeri Thai yang membenarkan tentera Jepun menggunakan Segenting Kra untuk menakluk Tanah Melayu.Padahal rakyat Iraq satu agama dan malah sebangsa dengan mereka!Ini bertentangan dengan konsep Islam yang mengatakan bahawa umat Islam itu umpama satu tubuh,sakit satu bahagian maka seluruh bahagian merasa sakit.

Apabila keadaan ini terjadi maka tidak hairanlah bantuan Allah s.w.t tidak tiba walaupun mereka berdoa penuh harap.Kita boleh lihat orang-orang di Afghanistan dan Iraq malah Palestin yang dianiaya,mereka menangis bertalu-talu teramat sedih.Mereka menjadi begitu kerana kesalahan kita dan mereka sendiri yang tidak mengikut konsep satu tubuh.Nanti apabila Malaysia atau Indonesia pula dijadikan sasaran,jangan pula salahkan negara-negara Arab yang nantinya akan bersikap 'oh...I see' kepada kita. 

KITA ADALAH MANGSA KEBODOHAN KITA SENDIRI YANG MENGAMBIL SIKAP TIDAK MEMPEDULIKAN AGAMA.

Apa yang terjadi kepada negara-negara Arab kini adalah SISTEM BONEKA INI BERJALAN DENGAN BAIK selama bertahun-tahun.Caranya ialah menaburkan mereka kekayaan material dan menaja kehidupan hedonisme kepada generasi mereka.Apabila keluarga mereka sudah terbiasa dengan kehidupan material yang dibekalkan oleh NWO maka secara tidak langsung mereka seolah-olah telah diberi BEKALAN DADAH;pada satu titik,mereka sudah tidak sanggup lagi berpisah dengan kehidupan mewah tersebut walau dengan apa cara sekalipun.Cukup baik jika mereka sanggup menjual AGAMA mereka semata-mata untuk meneruskan kehidupan mewah tersebut.

Sampai ke peringkat ini,mereka sudah berada di dalam kawalan NWO.Mereka boleh berbuat sesukahati asalkan tidak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya di dalam negara.Rasuah,penyelewengan,penindasan terhadap rakyat adalah warna-warni biasa semua negara-negara Arab termasuk Iran yang senyap-senyap menindas pengikut Sunni.Di negara-negara Arab,konsep boneka ini amat mudah diterapkan kerana bangsa Arab rata-ratanya amat suka kepada kemewahan yang berlebih-lebihan.

Namun pada masa yang sama,mereka cuba menjaga hati rakyat dengan membangunkan fasiliti dan ekonomi.Ini berbeza dengan pemerintah-pemerintah Afrika yang bukan sahaja bermewah-mewahan malah membiarkan rakyat hidup kebuluran padahal pada masa yang sama pemerintah tadi menggunakan sumber negara untuk mengkayakan keluarganya.

Kita ambil contoh mudah,seperti Brunei,umum mengetahui bahawa ada di antara keluarga kerabat Sultan yang bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan,tetapi pada masa yang sama Sultan begitu mengambil berat kebajikan rakyatnya.Ini sama dengan negara-negara Arab,cuma Sultan Brunei mempunyai reputasi dari segi sejarah sebagai pelindung dan pemimpin kepada rakyat Brunei.Menjatuhkan Sultan samalah seperti menjatuhkan seluruh kredebiliti sejarah dan maruah rakyat Brunei seluruhnya.

Berbalik kepada negara-negara Arab tadi,walaupun pada masa yang sama para pemimpin Arab menjaga ekonomi dan membangunkan negara,namun rasuah,penyelewengan dan salahguna kuasa juga berjalan serentak dan ini membuatkan rakyat memendam perasaan.Para pemimpin Arab kini seolah-olah menyambung tradisi sesetengah amir-amir mereka pada masa dahulu yang menyalahgunakuasa namun pada masa yang sama membangunkan negara dan empayar.

Semua ini ada dalam kepala para intelligent NWO.Ejen-ejen mereka berkeliaran di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara mengkaji senario dan iklim politik setempat.Apabila masanya sudah sampai,data dan statistik sudah cukup serta hubungan dengan 'orang dalam' telah dibuat,maka plan seterusnya dilaksanakan.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad


Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah. 

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang. 

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. 

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. 

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. 

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. 

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Sunday, 10 July 2011

Mengenai Bersih 2.0

Perhimpunan Bersih a Definition

Perhimpunan bersih versi pertama dibuat atas kes Lina Joy. Itu kene ingat.

The Steering Committee members of BERSIH 2.0 are as follows :

Dato’ Ambiga Sreenevasan, Chairperson
Andrew Khoo
Arumugam K.
Farouk Musa
Maria Chin Abdullah
Haris Ibrahim
Liau Koh Fah
Richard Y W Yeoh
Toh Kin Woon
Wong Chin Huat
Yeoh Yang Poh
Zaid Kamaruddin

Lihatlah chairperson itu. Ketua dia tu la. hahaha
aku bukan nak cakap apa.
http://en.wikipedia.org/wiki/Ambiga_Sreenevasan#Religious_equality

Dia adalah penyokong kuat IFC tau tak apa tu IFC? Inter Faith Council. Apakah itu IFC? IFC adalah council yang ditubuhkan untuk menukar ajaran agama islam dan menggunakan konsep kebebasan beragama dengan taktik yang sangat kotor. Mereka membuat 14 tuntutan iaitu:
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

APA INI BRO~?? agak-agak la nak buat tuntutan tu. Ko bukan islam pon, ko kata ajaran islam yang digunakan kat Malaysia ni tak betol. Jangan dok wat leceh sangat Ambiga. Ko ingat ko hebat sangat ke boleh tipu hampir 30,000 orang islam kat Malaysia ni. Ingat Ambiga, Tanah Melayu ni dulu Serambi Mekah, Satu hari nanti ko akan kena jugak Ambiga. Toksah la dok kene cucuk idong ngan duit2 diorang tu. Cukup2 la wahai orang Islam di Malaysia. Cukup2 la korang kene KENCING.

Perhimpunan Di Jalan-jalan dalam Islam

Dari Abu Sa`id Al Khudry ra. dari Nabi saw., beliau bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian duduk di tepi-tepi jalan". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami tidak bisa meninggalkan tempat-tempat itu karena di situ kami bisa membicarakan sesuatu". Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu sekalian merasa tidak bisa untuk meninggalkan duduk-duduk di sana maka penuhilah hak jalan itu". Para sahabat bertanya: "Apakah hak jalan itu wahai Rasul Allah?" Beliau menjawab: "Memejamkan mata, tidak mengganggu, menjawab salam serta amar makruf dan nahi mungkar". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Penuhi hak jalan itu. maksudnyer hak diorang untuk dilalui. Kalau buat perhimpunan camtu boleh ke orang lalu kat situ? kedai semua tutup sebab takot. Kalau demonstrasi camtu berlaku kebarangkalian tercetusnya keganasan adalah 99.9%. Tak boleh pikir ke? Korang tutup rezeki orang, korang tutup jalan. Bila kerajaan suruh buat kat stadium korang tanak. Apa mendenyer semua tu? 


Wednesday, 29 June 2011

5:51 dan Carmelites Order

Assalamualaikum dan bertemu lagi kita pada hari ini.

Quran 5:51





Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. 

JANGAN MENGAMBIL TEMAN RAPAT orang yahudi dan nasrani di mana orang yahudi dan nasrani itu berteman rapat antara satu sama lain.

Pada zaman nabi Muhammad, adalah difikirkan mustahil untuk kaum nasrani dan kaum yahudi berteman rapat antara satu sama lain KERANA pengikut Nasrani (Kristian) menganggap orang-orang yahudi adalah orang kafir dan mereka bersalah membunuh nabi Isa a.s (Jesus). Akan tetapi tertulis di dalam Al-Quran bahawa satu hari nanti mereka akan berteman rapat antara satu sama lain. Dan peliknya, hal ini benar-benar terjadi dan yang lebih pelik adalah tiada siapa pun yang perasan bende tu sangat pelik. Padahal orang Nasranilah yang menempelak nabi Muhammad apabila membaca ayat di dalam Surah Al-Maidah ini. Katanya orang Nasrani akan bermusuh dengan orang Yahudi hingga hari kiamat.


Pelik kan? tapi benar :p


Kita lihat no surah dan nombor ayat nyer, iaitu 5:51. Cuba kaji apa yang terjadi pada tahun 551 Hijrah bersamaan dengan 1156 Masihi. Pada tahun inilah terjadinya ikatan mesra antara orang Kristian dan orang Yahudi dengan membawa panji-panji yang mereka namakan Carmelites. (Order of the Brothers of Our Lady of Mount Carmel) yang dipercayai termetrai di Gunung Carmel daripada sumber2. Tetapi data sejarah tentang pertubuhan ini masih tidak dapat ditemui. Ia adalah gabungan antara orang Yahudi dan Nasrani yang pertama dan seumpamanya di dunia. Pelik tapi benar. dan selepas itulah berbagai2 kejadian yang lebih aneh berlaku. Seperti kisah keajaiban Bishop Henry yang dikatakan boleh mengubat orang buta dan menghidupkan orang mati. Tapi yang peliknya, orang yang dikatakan boleh menghidupkan orang mati ni kene bunuh ngan Lalli. Logik ke? apa kemende nyer ni semua? korang tak pecaya aku cakap? gi tengok link ni. 
http://en.wikipedia.org/wiki/Bishop_Henry - Kisah tentang Bishop Henry ni.
http://en.wikipedia.org/wiki/Lalli - Kisah pembunuhan Bishop Henry


sangat fishy kan?
Lambang Carmelite order ni ada 3 bintang. Dan inilah permulaan konsep kepada secret-secret societies yang sering menggunakan lambang 3 yang mengagungkan konsep trinity ini. 





Motto mereka pula ialah
Zelo zelatus sum pro domino deo exercituum (With zeal have I been zealous for the Lord God of hosts)

perlu ke mereka gune bahasa Hebrew?

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Perancang. bacalah apa yang tertulis dalam Al-Quran semoga anda semua lebih memahami isinya dari orang yang membacanya sebelummu. dan semoga kita berada dalam hidayah nya.

Friday, 17 June 2011

Allah itu tuhan yang satu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menulis post ini. Ya Allah, hambamu ini hanya mengharap keredaan mu ya Allah, semoga aku ditempatkan dikalangan hamba-hamba mu yang beriman kerana tanpa iman kurniaanmu ya Allah aku akan merasa malu untuk hidup di duniamu ini ya Allah. Selawat dan salam ke atas nabiMu yang Ummi, Muhammad salallah alaihi wasallam dan ke atas keluarga Muhammad. Selawat dan salam ke atas nabi Ibrahim dan ke atas keluarga nabi Ibrahim. Dan selawat serta salam ke atas nabi-nabi dan rasul-rasul. Al-Fatihah kepada Para Syahadah yang berjuang atas nama Mu ya Allah, serta para anbiya' dan orang-orang soleh.

Tuhan itu Tuhan yang satu. Tiada yang layak di sembah melainkan-nya. Dan janganlah kamu mengambil sesuatu apapun sebagai teman dan pelindung selain dari Allah.

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". 


Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". 



Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri(Quran 2:131-133

Allah itu tuhan yang satu. Tuhan Nabi Ibrahim. juga tuhan Nabi Ya'kub, dan tuhan Nabi Musa dan tuhan Nabi Isa, dan juga tuhan Nabi Muhammad. Nabi-nabi Allah ini menyembah tuhan yang satu. Maka turutilah nabi-nabi ini andainya kamu ingin selamat. Allah tidak meminta rezeki dari kamu bahkan Dialah yang memberi rezeki. Dan orang kristian dan yahudi yang telah terpesong itu juga cuba untuk memesongkan kaum-kaumnya dengan mengubah isi kitab suci dengan tangan-tangan mereka sendiri. Tidakkah takut bagi mereka akan azab Allah? sesungguhnya langit hampir runtuh, gunung-ganang hampir hancur mendengar kata mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak. 


Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".(Quran 2:135)


Sedarlah, perbezaan antara yahudi, nasrani serta islam hanyalah setebal benang sahaja. Allah tidak zalim terhadap hambanya. Ini adalah ujian terhadap kita semua. Adakah beriman kepada Allah atau tidak. Tujuan kita di dunia ini hanyalah untuk melengkapkan hukuman terhadap Iblis yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. dan juga melengkapkan hukuman kepada Bapa Segala Manusia, Nabi Adam yang berdosa melanggar perintah tuhan semasa di syurga. 


Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (Quran 2:142)

 Sedarlah akan ujian ini dan jadilah orang-orang yang beriman dan selamat. Selamat dari azab Allah yang tidak terperi sakitnya. Dan ketahuilah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Anonymous Vs Illuminati

Sejak tahun 2008, kemunculan Anonymous menggemparkan dunia hacker. Anonymous ini seakan-akan vendetta dari filem V for Vendetta. Ia menggesa para hacker agar bersatu untuk menentang pemerintahan corrupt dan penindasan. Illuminati sudah tiba saatnya untuk dihapuskan dan dikenang dalam sejarah. Tapi kemana 10 Jurai Keturunan illuminati ni akan pergi selepas mereka dihapuskan? Hahaha. Jawapan dia senang jer, diorang akan memerintah dunia menerusi New World Order mengikut perancangan mereka.

Anonymous ini bukanlah sebuah organisasi. Ia adalah idea seperti idea Revolusi, idea Komunisme, idea Fascisme, dan Idea Democratisme. Organisasi mereka adalah bebas, tanpa struktur yang lengkap dan tanpa tujuan yang jelas. Dan cara mereka adalah "Matlamat menghalalkan cara" dimana mereka sebenarnya tiada matlamat khusus. Hidup dengan mengikut hawa nafsu.






Sesetengah berpendapat bahawa Anonymous group ini tidak mempunyai struktur yang lengkap dan tanpa ketua, terdiri dari hacktivist yang melancarkan serangan. Tapi ada yang mendapati bahawa Anonymous ini dimonopoli dan di kawal oleh sekumpulan hacker yang menyembunyikan identiti mereka dan merancang segala serangan. Ini adalah kajian mereka. kelakar pun ada, tapi memang logik la sebab aku pon ada ikot perkembangan anon ni dulu.

Salah seorang dari ahli mereka mengatakan bahawa kumpulan yang melakukan "Command and Control" dalam organisasi ini terdiri dari beberapa orang yang "Invite Only". Dan setiap serangan dilakukan demi "melindungi orang ramai dari pemerintahan zalim". Tapi sekiranya mereka berjaya mengguling pemerintah tersebut siapa yang akan jadi pemerintah lepas ni? Adoi. nampak tak?

KALAU MEREKA BERJAYA SIAPA YANG AKAN JADI KETUA????? fikir fikirkan lah dan selamat beramal.. Assalamualaikum.

Dajjal The False Messiah

The Comforter dalam Bible.

JOHN 14:15-17:  "If you love me you will obey what I command.  And I will ask the Father and He will give you another Comforter to be with you forever - the Spirit of Truth.  The world cannot accept him because it neither sees him nor knows him.  But you know him for he lives with you and will be in you."

JOHN 14:25, 26:  "All this I have spoken while still with you.  But the Comforter, the Holy Spirit whom the Father will send in my name, will teach you all things and will remind you of everything I have said to you."

JOHN 15:26:  "When the Comforter comes, whom I will send to you from the Father, the Spirit of truth who goes out from the Father, he will testify about me."

JOHN 16:7,8:  "But I tell you the truth:  It is for your good that I am going away.  Unless I go away, the Comforter will not come to you; but if I go, I will send him to you.  When he comes he will convict the world of guilt in regard to sin and righteousness and judgment...."

JOHN 16:13-15:  "But when he, the Spirit of Truth comes, he will guide you into all truth.  He will not speak on his own, he will speak only what he hears, and he will tell you what is yet to come.  He will bring glory to me by taking from what is mine and making it know to you.  All that belongs to the Father is mine.  That is why I said the Spirit will take from what is mine and make it known to you."


Assalamualaikum kepada semua pembaca. Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan iradatnya dapat lah saya memulakan penulisan blog saya ini. Kerana hanya padaNya lah segala syukur dan terima kasih patut diberikan. Dan keranaNya lah saya hidup dan saya mati. Dan Demi Allah tiada kepentingan dunia yang lebih penting daripada mencari keredaannya. Dengan ini saya mengistiharkan kepada dunia bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah. Dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


Kita lihat kepada petikan daripada Bible di atas. Bible ada menerangkan kedatangan The Comforter atau dalam bahasa Greek "Parakletos". Siapakah Parakletos ini dan saya akan mengupas lebih lanjut dalam penulisan saya kali ini.


Jesus(Nabi Isa a.s) berkata kepada pengikutnya tentang "The Comforter" dan berkata bahawa "The Comforter" itu adalah Holy Spirit. Walau bagaimanapun, kira-kira 600 tahun kemudian, Muhammad mendakwa bahawa Kitab Suci orang Yahudi dan Kristian meramalkan bahawa nabi yang lain akan timbul dan bahawa dia (Muhammad) adalah nabi itu. Bagi menyokong tuntutan awal Muhammad tulisan negara Islam bahawa Muhammad adalah "The Comforter". Hari ini, walaupun keterangan itu, ramai orang Islam berkeras menegaskan bahawa Muhammad adalah "The Comforter.


"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Quran 7:157)


Muhammad dalam bahasa Syriac ialah Munahhemana manakala dalam bahasa Greek adalah Paraclete. Injil yang asal adalah dalam bahasa Greek dan saya mencabar sesiapa sahaja yang ingin membuktikan kesahihan perkataan saya ini mencari kitab asal Injil di dalam bahasa Greek yang disembunyikan oleh Pope di Rome.


ini saya ambil dari website http://www.answering-islam.org/Silas/comforter.htm


Guillaume notes that,

“The passage quoted is John 15:23ff.  It is interesting to note that the citation comes from the Palestinian Syriac Lectionary and not from the ordinary Bible of the Syriac-speaking Churches.  …The most interesting word is that rendered “Comforter” which we find in the Palestinian Lectionary, but all other Syriac versions render “paraclete”, following the Greek.  This word was well established in the Hebrew and Aramaic speaking world.  The menahhemana in Syriac means the lifegiver and especially one who raises from the dead.  Obviously such a meaning is out of place here and what is meant is one who consoles and comforts people for the loss of one dear to them.  This is the meaning in the Talmud and Targum.  It ought to be pointed out that by the omission of the words “that is written” before “in the law” quite another meaning is given to the prophecy.  The natural rendering would be “the word that concerns the Namus must be fulfilled”.


Kedatangan Nabi Muhammad adalah untuk membuktikan kesahihan Nabi Isa, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi-Nabi yang diturunkan sebelum ini. Dan Muhammad juga membawa kitab Al-Quran sebagai peringatan kepada Kitab-Kitab terdahulu. Dan apabila Allah menurunkan Al-Quran untuk mengigatkan ahli kitab tentang kitab-kitab sebelumnya, mereka berkata Nabi Muhammad telah meniru dan menyalin semula Kitab-kitab tersebut walhal Nabi Muhammad itu seorang yang buta huruf pada awal kenabiannya.


Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak." Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, -  (Quran 19:88-90)


Ada satu kajian tentang "Paraclete" ni. http://mostmerciful.com/paraclete.htm

Nak tau satu bende best?


Muhammad translated to English "The Praised One"

Paraclete/Peryclete translated to English "The Praised One"


Seek the Truth, U will FOUND It. In Allah's Will