Wednesday, 24 August 2011

Lailatul Qadar

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang diberkati ini. Kita umat Muhammad, umat yang berpuasa Ramadhan. Allahu Rabbi sangat memberkati bulan yang mulia ini dengan menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan ini. Dan di bulan ini jugalah ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam itu dinamakan Lailatul Qadar.

Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan (Riwayat Thabrani). 

Sekiranya ada di antara anda pernah mengalami kejadian-kejadian yang menunjukkan kebesaran Allahu Rabbi pada malam Lailatur Qadar ini, anda tergolong dari orang-orang yang beruntung. Suasana pada malam tersebut sangatlah tenang, sejahtera. Tiada bintang namun anda akan merasakan kiri kanan anda sangat cerah. Sehingga anda dapat melihat pokok-pokok di dalam hutan. Suasananya seperti berada di dalam sebuah lukisan. Sangat cerah bagaikan banyak bintang dan bulan berada sangat dekat.

“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada malam itulah malaikat-malaikat diberi tugas masing-masing dalam urusan Allah. Malam itu sangat diberkati.Subhanallah!

No comments:

Post a Comment