Friday, 17 June 2011

Allah itu tuhan yang satu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat saya menulis post ini. Ya Allah, hambamu ini hanya mengharap keredaan mu ya Allah, semoga aku ditempatkan dikalangan hamba-hamba mu yang beriman kerana tanpa iman kurniaanmu ya Allah aku akan merasa malu untuk hidup di duniamu ini ya Allah. Selawat dan salam ke atas nabiMu yang Ummi, Muhammad salallah alaihi wasallam dan ke atas keluarga Muhammad. Selawat dan salam ke atas nabi Ibrahim dan ke atas keluarga nabi Ibrahim. Dan selawat serta salam ke atas nabi-nabi dan rasul-rasul. Al-Fatihah kepada Para Syahadah yang berjuang atas nama Mu ya Allah, serta para anbiya' dan orang-orang soleh.

Tuhan itu Tuhan yang satu. Tiada yang layak di sembah melainkan-nya. Dan janganlah kamu mengambil sesuatu apapun sebagai teman dan pelindung selain dari Allah.

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". 


Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". 



Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri(Quran 2:131-133

Allah itu tuhan yang satu. Tuhan Nabi Ibrahim. juga tuhan Nabi Ya'kub, dan tuhan Nabi Musa dan tuhan Nabi Isa, dan juga tuhan Nabi Muhammad. Nabi-nabi Allah ini menyembah tuhan yang satu. Maka turutilah nabi-nabi ini andainya kamu ingin selamat. Allah tidak meminta rezeki dari kamu bahkan Dialah yang memberi rezeki. Dan orang kristian dan yahudi yang telah terpesong itu juga cuba untuk memesongkan kaum-kaumnya dengan mengubah isi kitab suci dengan tangan-tangan mereka sendiri. Tidakkah takut bagi mereka akan azab Allah? sesungguhnya langit hampir runtuh, gunung-ganang hampir hancur mendengar kata mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak. 


Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut ugama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".(Quran 2:135)


Sedarlah, perbezaan antara yahudi, nasrani serta islam hanyalah setebal benang sahaja. Allah tidak zalim terhadap hambanya. Ini adalah ujian terhadap kita semua. Adakah beriman kepada Allah atau tidak. Tujuan kita di dunia ini hanyalah untuk melengkapkan hukuman terhadap Iblis yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam. dan juga melengkapkan hukuman kepada Bapa Segala Manusia, Nabi Adam yang berdosa melanggar perintah tuhan semasa di syurga. 


Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (Quran 2:142)

 Sedarlah akan ujian ini dan jadilah orang-orang yang beriman dan selamat. Selamat dari azab Allah yang tidak terperi sakitnya. Dan ketahuilah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

No comments:

Post a Comment