Yet you feed us lies from the table cloth
-B.Y.O.B,System of Down
Pertamanya,bagaimanakah 'gelombang rakyat' itu boleh menjangkiti banyak negara-negara Arab?Dengan kata lain ini bermakna negara-negara Arab ini mempunyai simptom yang sama.Ini sesuatu yang luarbiasa.Ini samalah seperti kebangkitan rakyat yang tiba-tiba berlaku di Malaysia sebagai contoh kemudian menjangkiti Indonesia,Brunei dan Singapura.Adakah ini sesuatu yang biasa?Tidak,ia tidak biasa kerana urusan dan tahap masalah politik di setiap negara adalah berlainan.
Sebagai contoh,ketika krisis politik Indonesia 1998-1999 tidak menjangkiti Singapura.Krisis selatan Thailand tidak menjangkiti Malaysia walaupun umat Islam yang sebangsa dan seagama yang ditindas di sana (apatah lagi umat Palestin yang berbangsa Arab).Tetapi krisis di Timur Tengah mula menjangkiti kebanyakan negara-negara Arab dengan begitu pantas.Sehingga ke hari ini kekacauan terus berlaku di Bahrain dan Syria.
Formulanya,kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku dari APA YANG TERJADI SELEPAS KRISIS.Adakah selepas krisis,kepimpinan di negara-negara Arab akan bertukar kepada KEPIMPINAN ISLAM yang mengamalkan pemerintahan politik sesuai dengan AlQuran dan Sunnah?Jika tidak kebangkitan rakyat itu hanyalah berlandaskan plan NWO.Percayalah,negara-negara Arab mesti melangkah mayat Amerika dan NWO dahulu sebelum melaksanakan undang-undang Islam.
Menurut ajaran Ordo Ab Chao,kekacauan akan membuatkan situasi mudah untuk dikawal.Ia seperti bila anda ingin menggerakkan seketul batu pasir dengan memancutkan air ke arahnya.Ia agak sukar untuk menyeret batu pasir itu kecuali setelah anda menghancurkannya.Setelah memecahkannya,maka pasir-pasir tadi akan mengalir mengikut aliran air.Jadi timbulkan kekacauan,dan anda akan dapat mengawal situasi seperti yang anda inginkan.
Dalam kes ini,asas cerita sudah kuat.Negara-negara Arab MEMPUNYAI PARA PEMIMPIN YANG KORUP.Ini adalah hasil didikan Barat selama ini.Jadi gunakan cerita ini untuk mengapi-apikan sentimen di kalangan rakyat.Rakyat akan bangkit menentang.Yang habis masa dan tenaga adalah rakyat Arab.Yang cedera dan terbunuh adalah rakyat Arab.Yang hanya duduk menanti peluang adalah Amerika dan NWO!
No comments:
Post a Comment