Friday, 22 July 2011

Strategi Musuh: Boneka

Umum mengetahui,kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab adalah boneka atau setidak-tidaknya pencacai Amerika.Kita boleh lihat ketika serangan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan,semua negara-negara Arab membenarkan zon udara,darat dan air mereka digunakan sepuas hati oleh Amerika dan sekutunya.

Ini samalah dengan sikap negeri Thai yang membenarkan tentera Jepun menggunakan Segenting Kra untuk menakluk Tanah Melayu.Padahal rakyat Iraq satu agama dan malah sebangsa dengan mereka!Ini bertentangan dengan konsep Islam yang mengatakan bahawa umat Islam itu umpama satu tubuh,sakit satu bahagian maka seluruh bahagian merasa sakit.

Apabila keadaan ini terjadi maka tidak hairanlah bantuan Allah s.w.t tidak tiba walaupun mereka berdoa penuh harap.Kita boleh lihat orang-orang di Afghanistan dan Iraq malah Palestin yang dianiaya,mereka menangis bertalu-talu teramat sedih.Mereka menjadi begitu kerana kesalahan kita dan mereka sendiri yang tidak mengikut konsep satu tubuh.Nanti apabila Malaysia atau Indonesia pula dijadikan sasaran,jangan pula salahkan negara-negara Arab yang nantinya akan bersikap 'oh...I see' kepada kita. 

KITA ADALAH MANGSA KEBODOHAN KITA SENDIRI YANG MENGAMBIL SIKAP TIDAK MEMPEDULIKAN AGAMA.

Apa yang terjadi kepada negara-negara Arab kini adalah SISTEM BONEKA INI BERJALAN DENGAN BAIK selama bertahun-tahun.Caranya ialah menaburkan mereka kekayaan material dan menaja kehidupan hedonisme kepada generasi mereka.Apabila keluarga mereka sudah terbiasa dengan kehidupan material yang dibekalkan oleh NWO maka secara tidak langsung mereka seolah-olah telah diberi BEKALAN DADAH;pada satu titik,mereka sudah tidak sanggup lagi berpisah dengan kehidupan mewah tersebut walau dengan apa cara sekalipun.Cukup baik jika mereka sanggup menjual AGAMA mereka semata-mata untuk meneruskan kehidupan mewah tersebut.

Sampai ke peringkat ini,mereka sudah berada di dalam kawalan NWO.Mereka boleh berbuat sesukahati asalkan tidak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya di dalam negara.Rasuah,penyelewengan,penindasan terhadap rakyat adalah warna-warni biasa semua negara-negara Arab termasuk Iran yang senyap-senyap menindas pengikut Sunni.Di negara-negara Arab,konsep boneka ini amat mudah diterapkan kerana bangsa Arab rata-ratanya amat suka kepada kemewahan yang berlebih-lebihan.

Namun pada masa yang sama,mereka cuba menjaga hati rakyat dengan membangunkan fasiliti dan ekonomi.Ini berbeza dengan pemerintah-pemerintah Afrika yang bukan sahaja bermewah-mewahan malah membiarkan rakyat hidup kebuluran padahal pada masa yang sama pemerintah tadi menggunakan sumber negara untuk mengkayakan keluarganya.

Kita ambil contoh mudah,seperti Brunei,umum mengetahui bahawa ada di antara keluarga kerabat Sultan yang bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan,tetapi pada masa yang sama Sultan begitu mengambil berat kebajikan rakyatnya.Ini sama dengan negara-negara Arab,cuma Sultan Brunei mempunyai reputasi dari segi sejarah sebagai pelindung dan pemimpin kepada rakyat Brunei.Menjatuhkan Sultan samalah seperti menjatuhkan seluruh kredebiliti sejarah dan maruah rakyat Brunei seluruhnya.

Berbalik kepada negara-negara Arab tadi,walaupun pada masa yang sama para pemimpin Arab menjaga ekonomi dan membangunkan negara,namun rasuah,penyelewengan dan salahguna kuasa juga berjalan serentak dan ini membuatkan rakyat memendam perasaan.Para pemimpin Arab kini seolah-olah menyambung tradisi sesetengah amir-amir mereka pada masa dahulu yang menyalahgunakuasa namun pada masa yang sama membangunkan negara dan empayar.

Semua ini ada dalam kepala para intelligent NWO.Ejen-ejen mereka berkeliaran di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara mengkaji senario dan iklim politik setempat.Apabila masanya sudah sampai,data dan statistik sudah cukup serta hubungan dengan 'orang dalam' telah dibuat,maka plan seterusnya dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment