Friday, 22 July 2011

Strategi Musuh: Riot (Demonstrasi)

Riot breaks out everyday
From racism to people's gain
Bloody riot to fiery hells
Riots a fact that never falls

 
-Riot City 2,Total Chaos


Di negara-negara Arab yang majoritinya bermazhab Sunni,cara yang paling baik untuk menimbulkan 'riot' ialah berusaha mewujudkan hubungan dengan para pemimpin antikerajaan yang terdiri daripada pemimpin sayap kiri Syiah.Contoh yang paling terkenal ialah di Iraq iaitu Muqtada al-Sadr,pemimpin Syiah yang merupakan antara dalang kejatuhan Saddam Hussein.Selepas kejatuhan Saddam,kita boleh lihat pola politik Iraq bertukar secara drastiknya ke tangan paksi Syiah.Penindasan dan fitnah ke atas umat Islam (baca:Sunni) berterusan namun ini tidak diwar-warkan malah yang paling malang,negara-negara Arab hanya memejamkan sebelah mata.

Yang peliknya,apabila Bahrain mengalami krisis politik,cepat-cepat pula tentera GCC dari negara-negara Arab tiba.Lihat,seperti biasa para pemimpin Arab BERAGAMAKAN MATERIALISTIK DAN KUASA POLITIK.Ini adalah 'TUHAN TERSEMBUNYI' mereka.Mereka boleh membiarkan rakyat Palestin kebuluran dan dibom oleh Zionis.Mereka boleh melihat dengan selamba saban hari pengikut Sunni diculik dan dianiayai oleh tentera Syiah di Iraq.Namun mereka tidak boleh duduk walau sekejap apabila sistem politik dan materialistik mereka diancam.

Jadi para pemimpin Syiah ini akan bertindak sama seperti kerajaan Fatimiyyah (ini kerajaan Syiah Mesir pada masa era Perang Salib) pada masa dahulu yang sanggup bersekongkol dengan tentera Salib untuk menyembelih umat Islam.Juga bersikap seperti pengikut Syiah Hashashin (dikenali di Barat sebagai Assasin) yang menyamar dan membunuh umat Islam.Propaganda dan hasutan dimain-mainkan.'Kuasa rakyat' digunakan sebagai topeng,asalkan dapat menjatuhkan paksi politik Sunni.Amerika dan sekutunya hanya perlu menunggu apa yang terjadi.Boneka baru telah disiapkan lebih awal,apabila boneka lama dicampak ke tong sampah,boneka baru siap untuk dimainkan.

Amerika dan NWO akan mencari isu untuk menghalalkan tindakannya.INI SKRIP YANG KLISE setiap kali Amerika dan NWO mahu menjajah sesuatu negara.Isu-isu yang biasa ialah seperti demokrasi,hak asasi,lanun,keganasan agama,diskriminasi dan isu teroris.Sekali Amerika dan NWO mendapat tempat untuk dicucuk jarumnya maka mereka akan bertindak.Dalam kes kebangkitan rakyat di negara-negara Arab,terdapat dua kemungkinan:

1-NWO mahu menggantikan semua bonekanya yang sudah tua atau tidak berdaya maju dengan boneka baru yang lebih bertenaga dan cekap mempercepatkan pelan mereka.
2-Ada boneka yang terlalu lembik dan mulai cenderung dalam mengamalkan Islam.Ini amat merbahaya bagi cita-cita Dajjal The Antichrist.

Pada awalnya dalam apa yang terjadi di negara-negara Arab bermula dengan Tunisia seterusnya Mesir dan lain-lain,masyarakat antarabangsa KHUSUSNYA umat Islam pasti menilai apa yang berlaku sebagai 'KEBANGKITAN RAKYAT','KUASA RAKYAT','GELOMBANG RAKYAT' atau sebagainya.Namun siapa yang mampu membaca setiap pelan dan pergerakan NWO akan mengetahui muslihat di setiap kejadian.

Bagaimana?

No comments:

Post a Comment